Roti Jala merupakan makananan kegemaran di
Malaysia. Roti jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Biasanya Roti
Jala dimakan berkuah bersama kari ayam atau kuah durian. Bekas khas yang
mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang
dimasak di atas kuali leper. Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada
perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti
Jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap
ikan.
Terdapat 2 jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di
negeri-negeri pantai timur), dan kari ayam (popular di pantai barat).
Resepi Roti Jala
Bahan-Bahan:
- 1 kilo tepung gandum
- 2 biji telur ayam
- 1 tin susu cair Carnation
- 1 sudu marjerin
- Sedikit garam
- Setitik pewarna kuning
Cara Membuatnya:
a. Bancuh tepung bersama susu cair, garam, mentega
dan telur. Apabila sudah sebati letakkan pewarna. Adunan tersebut mesti agak
cair agar mudah dijalin. Anda juga boleh menapis adunan tersebut bagi
memastikan ia tidak berketul dan menyumbat bekas jalinan. Setelah sebati,
panaskan kuali yang rata dan sapukan sedikit minyak.
b. Masukkan adunan cair tersebut kedalam bekas
penjalin, atau gunakan plastik yang ditebuk lubang kecil dan kemudian kemudian
layangkan tepung yang telah cair keatas kuali rata tersebut.
c. Setelah selesai, angkat dan gulong segi empat
atau dilipat segi tiga.