Thursday, 28 November 2013

Roti Jala




Roti Jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia. Roti jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Biasanya Roti  Jala dimakan berkuah bersama kari ayam atau kuah durian. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper. Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti Jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat 2 jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kari ayam (popular di pantai barat).

Resepi Roti Jala

Bahan-Bahan:
  1. 1 kilo tepung gandum
  2. 2 biji telur ayam
  3. 1 tin susu cair Carnation
  4. 1 sudu marjerin
  5. Sedikit garam
  6. Setitik pewarna kuning
Cara Membuatnya:

a. Bancuh tepung bersama susu cair, garam, mentega dan telur. Apabila sudah sebati letakkan pewarna. Adunan tersebut mesti agak cair agar mudah dijalin. Anda juga boleh menapis adunan tersebut bagi memastikan ia tidak berketul dan menyumbat bekas jalinan. Setelah sebati, panaskan kuali yang rata dan sapukan sedikit minyak.

b. Masukkan adunan cair tersebut kedalam bekas penjalin, atau gunakan plastik yang ditebuk lubang kecil dan kemudian kemudian layangkan tepung yang telah cair keatas kuali rata tersebut.

c. Setelah selesai, angkat dan gulong segi empat atau dilipat segi tiga.



No comments:

Post a Comment